Monday, 30 April 2012

HALAWATUL HUB


Diriwayatkan daripada Anas r.a. katanya Nabi Muhammad s.a.w  bersabda yang bermaksud: 
" Tiga perkara, jika terdapat dalam diri seseorang akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.”

Untuk merasai kemanisan iman, kita hendaklah Cinta Allah dan Rasul melebihi cinta kita terhadap makhluk lain di dunia ini.  Yang kedua, cinta seseorang kerana Allah, bukan kerana seseorang itu berduit, cantik, handsome dan sebagainya. Orang yang Mencintai Seseorang Kerana Allah akan mengelakkan dirinya daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan aktiviti yang boleh menyalahi ajaran agama. Mereka akan berusaha mencari jodohnya melalui medium yang betul seperti yang dianjurkan oleh Islam dan akhirnya mendirikan baitul muslim. Tidak Mahu Kekafiran sepertimana tidak mahu dimasukkan ke dalam neraka. Tiada peluang sebesar zarah pun untuk mencium bau syurga bahkan golongan ini merupakan golongan yang dilaknat oleh Allah.

Jika MENCINTAI sesuatu atau seseorang biarlah kerana Allah. CINTA kerana Allah menjuruskan kita melakukan sesuatu mengikut ajaran agama.

BARULAH TERBUKTI KITA MEMPUNYAI PEGANGAN IMAN YANG KUKUH !!!






No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.