Assalammualaikum dan salam ukhwah buat muslimin
dan muslimat. Alhamdulillah atas barakahNya kita diberi peluang sekali lagi
untuk menghembuskan nafas dan diberi daya kekuatan bagi meneruskan perjuangan
hidup di muka bumi Allah ini ^_^ Kali ini aku nak berkongsi sedikit mengenai apa
yang aku perolehi semasa usrah ku bersama akhowat yang lain.
Sebelum itu, cuba kita renung kembali apa yang
kita laksanakan sepanjang hari ini? Adakah ia memadai? Adakah dosa lebih banyak
mizannya berbanding kebaikan kita? Adakah kita tertinggal atau terlalai dalam
mengabdikan diri kepada Rabbi? Hmmmmm..
Jawapannya: Tanya HATI kita, Tanya IMAN kita..
Firman Allah dalam surah an-nur:31
Maksudnya: ...
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya
kamu berjaya.
Setiap kita diberi peluang untuk bertaubat. Cuma,
nak tak nak je kembali ke jalan Nya. Ingat!! Darjat dan pangkat tiada bezanya
bagi Allah, yang membezakan kita hanyalah ketaqwaan seseorang hambaNya terhadap
Allah azza wa jalla. Taubat memberi pengertian kembali daripada apa-apa
yang tercela di sisi syara’ kepada apa-apa yang terpuji di sisiNya. Contohnya,
seorang pencuri tegar bertaubat untuk tidak mengulangi dosa-dosanya yang lalu.
Ulama’ berpendapat, syarat taubat ada 3, iaitu:
1)
Menyesal atas dosa yang dilakukan
2) Berazam untuk berhenti melakukan dosa itu lagi
3)
Berazam untuk tidak melakukan dosa itu lagi
Selain itu, di sini aku nak kongsi cara untuk kita
tahu sama ada syarat taubat kita tuu diterima atau tidak. Di sini ada 3 syarat.
Antaranya adalah:
1)
Kita rela meninggalkan kebiasaan yang kita lakukan
Contohnya, kita tinggalkan perkara yang Allah larang
seperti elakkan maksiat
2) Rajin melaksanakan ibadah kepada Allah. Yang sunat
kita perbanyakkan
3)
Cara pandang kita terhadap kehidupan berubah
Jadikanlah Rasulullah s.a.w. sebagai role model
untuk kehidupan seharian kita.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah dan
beristighfarlah kepadaNya sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari seratus kali.
(Riwayat Muslim)
Rasulullah juga meminta ampun kepada Allah. Apatah
kita ini, yang hanya seorang hamba bahkan Rasulullah adalah seorang yang maksum, terpelihara
daripada dosa. Oleh yang demikian, baik kita refleksi balik diri kita. Manfaatkan
masa yang ada. Setiap detik masa itu amatlah bermakna buat kita. Ganjaran
serta nikmat yang Allah bagi kepada kita amatllah bernilai. Hidayah yang Allah bagi itu
sangatlah bernilai. Jadi, tinta terakhir dari ku upgrade balik iman kita, scan
virus2 yang ada pada diri kita… sekian Wassalam =)
“TEPUK DADA, TANYA IMAN”



.jpg)





.jpg)