Dalam sebuah riwayat
menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan
menaiki seekor himar(keldai), manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat
tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang
tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah
mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya
itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka
orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki
sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."
Sebaik
sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar
itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi,
"Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan
himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman
dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata,
"Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai."
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah
menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya,
"Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka
orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah
s.w.t. sahaja.
Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam
tiap-tiap satu."
TAKE NOTE ::
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada
anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu
tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa
kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah
akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya
(keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah
orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.