Monday 11 February 2013

Untuk aku, kamu dan mereka



Sedar tak sedar hari kian silih berganti. cuba kita fikir sejenak apa yang kita habiskan untuk satu hari ini, dalam masa 24 jam besamaan 1440 minit bersamaan 86400 saat ??????  adakah semuanya cuma angka untuk dibilang?


TEPUK DADA TANYA IMAN. YANG BAIK JADIKAN TAULADAN YANG BURUK JADIKAN SEMPADAN  ^____________________^ 




P/S :)))) untuk aku, kamu dan mereka

#SELAMAT MALAM...

AKU KUAT, TIDAK LEMAH KERANA MASALAH CINTA!


Lemah? Kenapa harus menjadi lemah. Bersedih setiap hari melamun tambatan hati, entah kemana dia pergi, kenapa harus terjadi perpisahan. Larut dalam kesedihan tidak berkesudahan, membuat tubuh lemah dan tidak kuat bertahan.

Kita boleh kuat menghadapi kesendirian ini. Selalu berfikir bahawa soal cinta & jodoh ini hanyalah masalah waktu sahaja. Kalau sekarang dia belum juga hadir menyapa kita dengan senyuman manisnya, kita yakin satu saat nanti dia akan tiba. Dia hadir dengan sekarung cinta dan kasih sayang yang selalu kita nantikan, Menambat hati kepada pemegang hidup kita, Allah SWT akan lebih menenteramkan hati dan melembutkan jiwa. Rasa gelisah, gundah dan payah tersapu sudah oleh keyakinan iman yang menancap di dada.

“Saya kuat, dan sentiasa akan kuat”
Katalah kalimat itu dengan tatapan tajam ke cermin, kepalkan tangan dan tetaplah optimis. Air mata bolehlah keluar, kerana penantian yang tidak kunjung usai. Tapi air mata itu bukan air mata lemah yang mudah sekali menitik. Namun air mata itu adalah air mata harapan, yang akan menampung semangat kita untuk tetap bertahan dalam iman.

Kita bukan generasi yang mudah putus asa. Semangat yang kita miliki akan selalu mekar oleh jiwa yang kita miliki. Harapan kita hanya kepada Allah, dan harapan kita bukalah harapan yang main-main. Kita boleh berharap pada orang-orang yang kita andalkan, tetapi harapan pada Allah tidak boleh pupus begitu sahaja. Jesteru harapan kepada Allah inilah yang akan menjadi bara api dalam hati yang selalu memotivasikan hati. Allah tidak tidur, Dia kan selalu mendengar doa kita.

Tidak semua orang perlu tahu keadaan kita. Jadi tidak perlu bagi kita bercerita ke sana ke mari masalah yang kita hadapi. Kita hanya akan menyampaikan kepada Allah dalam solat malam yang kita dirikan. Berderai air mata tercurah, harapan yang begitu besar tertambat, hanya untuk Allah sang penjawab doa.

Boleh la sesekali bercerita kepada orang yang kita percayai, tapi JANGAN kepada setiap orang yang kita jumpai. Kerana boleh jadi kita akan lupa tentang apa yang kita keluhkan, tapi orang lain yang mendengarnya tidak akan pernah melupakannya.

c/p:)))
http://akuislam.com/blog/renungan/kuat-dan-tidak-lemah-kerana-cinta/#axzz2KbfCZTGY

Tuesday 15 January 2013

ADA HIKMAH DISEBALIK YANG BERLAKU

“sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)

Apabila, ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata. lama mana pun kita sanggup tadah telinga. seluas luasnya kita berlapang dada. nasihat, saranan, kata kata, cukup lengkap boleh kita hulur.

Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya hatta pujuk diri sendiri. orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa. serius. takkan sama. mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita tahu. mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata,

“takpe, aku okay. terima kasih ye” 
padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri. Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri.

Kenapa aku diuji? kenapa, AKU?

Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa tujuan hidup ini? mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah, kita lupa, yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. saat diri diuji, hati akan lebih lembut. Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah.

Saat itulah solat, doa , segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil diri ini. Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan. Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati. Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti.

Kenapa AKU yang diuji?

Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi? mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri? mungkin, bila mana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah mengalami?

Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.

Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan. kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..

CEPAT ATAU LAMBAT, HIKMAH ITU BAKAL TERSINGKAP


dari: http://akuislam.com/blog/perkongsian-artikel/hikmah/#ixzz2I3rLnlKM

Thursday 18 October 2012

IMAN YAZID WA YANQUS

Assalammualaikum dan salam ukhwah buat muslimin dan muslimat. Alhamdulillah atas barakahNya kita diberi peluang sekali lagi untuk menghembuskan nafas dan diberi daya kekuatan bagi meneruskan perjuangan hidup di muka bumi Allah ini ^_^ Kali ini aku nak berkongsi sedikit mengenai apa yang aku perolehi semasa usrah ku bersama akhowat yang lain.
Sebelum itu, cuba kita renung kembali apa yang kita laksanakan sepanjang hari ini? Adakah ia memadai? Adakah dosa lebih banyak mizannya berbanding kebaikan kita? Adakah kita tertinggal atau terlalai dalam mengabdikan diri kepada Rabbi? Hmmmmm..
Jawapannya:   Tanya HATI kita, Tanya IMAN kita..
                    
Firman Allah dalam surah an-nur:31
Maksudnya:  ... bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.


Setiap kita diberi peluang untuk bertaubat. Cuma, nak tak nak je kembali ke jalan Nya. Ingat!! Darjat dan pangkat tiada bezanya bagi Allah, yang membezakan kita hanyalah ketaqwaan seseorang hambaNya terhadap Allah azza wa jalla. Taubat memberi pengertian kembali daripada apa-apa yang tercela di sisi syara’ kepada apa-apa yang terpuji di sisiNya. Contohnya, seorang pencuri tegar bertaubat untuk tidak mengulangi dosa-dosanya yang lalu.

Ulama’ berpendapat, syarat taubat ada 3, iaitu:
1)    Menyesal atas dosa yang dilakukan
2)  Berazam untuk berhenti melakukan dosa itu lagi
3)   Berazam untuk tidak melakukan dosa itu lagi

Selain itu, di sini aku nak kongsi cara untuk kita tahu sama ada syarat taubat kita tuu diterima atau tidak. Di sini ada 3 syarat. 
Antaranya adalah:
1)    Kita rela meninggalkan kebiasaan yang kita lakukan
Contohnya, kita tinggalkan perkara yang Allah larang seperti elakkan maksiat
2)  Rajin melaksanakan ibadah kepada Allah. Yang sunat kita perbanyakkan
3)   Cara pandang kita terhadap kehidupan berubah

Jadikanlah Rasulullah s.a.w. sebagai role model untuk kehidupan seharian kita. 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah dan beristighfarlah kepadaNya sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari seratus kali. (Riwayat Muslim)

Rasulullah juga meminta ampun kepada Allah. Apatah kita ini, yang hanya seorang hamba bahkan Rasulullah adalah seorang yang maksum, terpelihara daripada dosa. Oleh yang demikian, baik kita refleksi balik diri kita. Manfaatkan masa yang ada. Setiap detik masa itu amatlah bermakna buat kita. Ganjaran serta nikmat yang Allah bagi kepada kita amatllah bernilai. Hidayah yang Allah bagi itu sangatlah bernilai. Jadi, tinta terakhir dari ku upgrade balik iman kita, scan virus2 yang ada pada diri kita… sekian Wassalam  =)

“TEPUK DADA, TANYA IMAN”

Monday 8 October 2012

IKHLAS KE???


Permulaan bicara…….
Si A: awak awak.. boleh bantu kite jap. Tolong saya bawak buku ni ke asrama.
Si B: boleh jer.. tapi nanti belanja lah kite makan warong 2012. (dengan nada   
         yang lembut)
Si A: Hamboiiiih.. nak harapkan upah jerk..
Si B: Gurau jer laa wehh…

^____^    Adakah anda juga tergolong dalam geng2 tersebut???
Haaaaa, Tepuk dada Tanya iman.. Ikhlas ke hati ini???
Pertama sekali, kita mesti tahu maksud sebenar ikhlas. Ikhlas bermaksud melaksanakan sesuatu tanpa mengharapkan sebarang balasan atau simpati daripada apa yang kita lakukan. Melalui contoh situasi di atas, ianya kebiasaan berlaku pada hari ini dan sering kita dengar  iaitu membuat dan mengharapkan ganjaran daripada orang yang kita tolong. Setiap perilaku kita Allah berikan ganjaran buat kita. Setiap amalan kita dimulai dengan niat. Niat yang baik lahir dari hati yang murni dan luhur. Sebelum melaksanakan sesuatu, kita pasang niat untuk berjihad di jalan Allah dan mengharapkan redhaNya. Betapa untungnya kita diberikan pahala oleh Allah yang berlipat ganda.
Berdasarkan petikan hadis yang diriwayatkan oleh imam bukhari dan muslim:
Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat. Setiap orang hanya akan mendapatkan balasan tergantung pada niatnya. Barangsiapa yang hijrah karena cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya karena menginginkan perkara dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang dia inginkan.

Untuk melahirkan sifat tawadhu’ dan sifat ikhlas dalam diri memang sukar untuk dicapai. Namun, untuk memperolehinya, kita cuba sedaya upaya untuk capai ke tahap tersebut. MAN JADDA WAJADA ^__^  Muhasabah diri kita selalu dan ingatlah bahawa sifat ikhlas itu lahir dari hati yang sering mengingati Allah baik susah dan senang.
DaripadaNya kita dihidupkan, kepadaNya jua lah kita kembali *____*


OBAT HATI YANG HITAM ADALAH DENGAN MELAKSANAKAN IBADAH
SEMATA-MATA KERANA ALLAH S.W.T.