Thursday, 18 October 2012

IMAN YAZID WA YANQUS

Assalammualaikum dan salam ukhwah buat muslimin dan muslimat. Alhamdulillah atas barakahNya kita diberi peluang sekali lagi untuk menghembuskan nafas dan diberi daya kekuatan bagi meneruskan perjuangan hidup di muka bumi Allah ini ^_^ Kali ini aku nak berkongsi sedikit mengenai apa yang aku perolehi semasa usrah ku bersama akhowat yang lain.
Sebelum itu, cuba kita renung kembali apa yang kita laksanakan sepanjang hari ini? Adakah ia memadai? Adakah dosa lebih banyak mizannya berbanding kebaikan kita? Adakah kita tertinggal atau terlalai dalam mengabdikan diri kepada Rabbi? Hmmmmm..
Jawapannya:   Tanya HATI kita, Tanya IMAN kita..
                    
Firman Allah dalam surah an-nur:31
Maksudnya:  ... bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.


Setiap kita diberi peluang untuk bertaubat. Cuma, nak tak nak je kembali ke jalan Nya. Ingat!! Darjat dan pangkat tiada bezanya bagi Allah, yang membezakan kita hanyalah ketaqwaan seseorang hambaNya terhadap Allah azza wa jalla. Taubat memberi pengertian kembali daripada apa-apa yang tercela di sisi syara’ kepada apa-apa yang terpuji di sisiNya. Contohnya, seorang pencuri tegar bertaubat untuk tidak mengulangi dosa-dosanya yang lalu.

Ulama’ berpendapat, syarat taubat ada 3, iaitu:
1)    Menyesal atas dosa yang dilakukan
2)  Berazam untuk berhenti melakukan dosa itu lagi
3)   Berazam untuk tidak melakukan dosa itu lagi

Selain itu, di sini aku nak kongsi cara untuk kita tahu sama ada syarat taubat kita tuu diterima atau tidak. Di sini ada 3 syarat. 
Antaranya adalah:
1)    Kita rela meninggalkan kebiasaan yang kita lakukan
Contohnya, kita tinggalkan perkara yang Allah larang seperti elakkan maksiat
2)  Rajin melaksanakan ibadah kepada Allah. Yang sunat kita perbanyakkan
3)   Cara pandang kita terhadap kehidupan berubah

Jadikanlah Rasulullah s.a.w. sebagai role model untuk kehidupan seharian kita. 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada Allah dan beristighfarlah kepadaNya sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari seratus kali. (Riwayat Muslim)

Rasulullah juga meminta ampun kepada Allah. Apatah kita ini, yang hanya seorang hamba bahkan Rasulullah adalah seorang yang maksum, terpelihara daripada dosa. Oleh yang demikian, baik kita refleksi balik diri kita. Manfaatkan masa yang ada. Setiap detik masa itu amatlah bermakna buat kita. Ganjaran serta nikmat yang Allah bagi kepada kita amatllah bernilai. Hidayah yang Allah bagi itu sangatlah bernilai. Jadi, tinta terakhir dari ku upgrade balik iman kita, scan virus2 yang ada pada diri kita… sekian Wassalam  =)

“TEPUK DADA, TANYA IMAN”

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.