Tuesday, 29 May 2012

DIA



Nukilan; diriku sendiri

Dia,
Sering ku ingati
Dia,
Pengukir keinsafan buat diri ini

Tatkala aku rapuh
Dia tempat ku mengadu selalu
Berkocak alun bicaranya
Menjadi pembakar semangat ku

Aku bersyukur padaNya
Walau suka dan duka
Manis ataupun pahit
Dia jua mewarnai hidupku

Dikala siang dan malam
Ku berdoa padaNya
Moga dirimu sentiasa diberi perlindungan
Dan juga rahmatNya

Dialah,
IBU AYAH dan ADIK,
yang aku kasihi selalu





Dimana kan ku cari ganti, serupa denganmu..


Thursday, 24 May 2012

PELANGI PETANG -SUDIRMAN-


SELAMAT BERCUTI BUAT KAWAN-KAWAN IPG/ U SEMUANYA... INSYAALLAH NEXT SEM BERSUA LAGI   :P



Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

**( korus )
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

**( ulang dari korus )





Wednesday, 16 May 2012

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

" Our life is like a bubble, a short morning dream. Therefore, we should take good care and make the best use of it. Time management is basically planning and dividing one's time in a constructive way. It is great value in a person's life. " 


masih ingat lagi lagu nasyid  yang dinyanyikan oleh kumpulan Raihan entitle:   DEMI MASA???  =) 





tik-tik-tik-tok-tik-tok

Semua kita mempunyai 24jam dalam satu hari. Tiada manusia yang memiliki 26 jam sehari. Sebab tuu alasan yang biasa kita guna kot- " aku tiada masa laa nk buat semua nie beb",,  semakin lapuk ditelan zaman.. Yaa aku akui, kadang-kadang kita nie terleka dibuai fantasi dan terlalu mengejar duniawi sehingga alpa untuk mendekatkan diri untuk membuat amal kebajikan dan melaksanakan ibadah kepada Allah.




Allah s.w.t. juga telah mengingatkan kita mengenai masa. Ini boleh kita lihat melalui surah al-asr.

1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.

Nabi muhammad s.a.w. juga mengingatkan umatnya mengenai masa. Sabda baginda:

 “Dua nikmat yang selalu dilalaikan iaitu masa sihat dan masa lapang.” (Hadis riwayat Bukhari)

Akhir kalamku ::
 Time is more precious than money because there are no tomorrows and yesterdays.
***sering diingatkan buat diriku juga...hohoho MAASAA    ^_^





5 PERKARA...

Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima : 


1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur." 

KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA

                Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar(keldai), manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, 'Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki." Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, "Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu."

                 Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, "Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu." Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, "Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai." Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihatai anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, "Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu."

TAKE NOTE  ::
             Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya, "Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya."

Tuesday, 8 May 2012

13 TIPS PERKAHWINAN by USTAZ AZHAR IDRUS

haaa.. KAHWIN??? org2 muda sekarang memang suka sangat laa bab-bab nie.. tuu dia.. SIAPA YG XNAK KAWEN KN???  hmm, sebelum kawen tue siap sedia laa dulu! macam kita nak p medan peperangan.. kawen pun perlukan persediaan.. kalu tak hancusss laa perkahwinan korang nanti..

Nie sy nk kongsi sikit tips yg ustaz dok bagi kat kita untuk membina baitul muslim yg bahagia =)

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


Jangan risau kiranya ada kekurangan antara suami isteri. Suami isteri hidup saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Melalui firman Allah s.w.t dalam surah ar-rum:21:-



Maksudnya: dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.











Tuesday, 1 May 2012

ZAMAN PERSEKOLAHAN 2


Nie sambungan yg dulu  J

Lembaran tk mk cita pasal zaman sekolah menengah gk.hehe.. hope sudi baca laa crta ku ini..  semasa sekolah menengah aku telah memilih SMK( AGAMA )TUN AHMAD ZAIDI.Bersebelahan jk dgn sekolah lmk dan b’untungnya dekat jk sekolh ku dgn rumahku syurgaku.. Banyak kenangan yang aku tinggalkan d sekolh tk.. TUNAZ is one of the best school in Sarawak!!!Tambh lagik guru2 ny yg pnuh dedikasi dan syg dgn pljr2 nya..

Aku memilih sekolah tk dsbbkan kemahuan kdirik mk truskan blajar b.arab.. rugilaa rasa mn ilmu dsia-siakan gya jk. Semasa tingkatan satu, aku baru berjinak-jinak m’aktifkn drik dgn pengilbtn aktvti yg meaningful and marvelous.  Time ting.1 mula laa aku ikut2 pegi camping, kem and so on. Dolok aku libatkn drik dlm pengakap. Banyak perkhemahan tlh ku ikut  terutama nya kawad kaki. Even berpanas gne pn, mmg semangat bpasukan yaa xputus2, buat ltihan smpe mlm2.. Best laa bla kenang time2 gya. Even kepak gne pn, hasilnya mmg puasss. Selain yaa, time ting 1 aku jd pen. ket kls..Guru kls yg ku kasihi, Cikgu Hasanah merupakn ibu agkt aku. Cikgu banyak membangkitkn aku dengan kata-kata motivasinya yg mmg blh mndorong smgt kt agr xbptus asa. Smsa ting.2, aku jd pen.Ket ting juak. Smsa ting.2 aku dimasukkan kls A..ls miak pnde2.. Time ting.2 nk xdpt lupak bila masa math. Ng kecut perut jk.. sblm mula kls math, smua kmkorg dsroh bdiri dan jawab apa dtyk cikgu mgenai pljrn yg d bljr ariya..Then kt sendrik yg yg terang.. kiranya cikgu suroh kt baca tajuk yaa, lps yaa terang dlm kels. Mn ada nk slh cikgu akn tegur..haaa.. sp x kcut perut..dgn cikgunya ny garang laa ckit..hehe..salah sikit, kluar laa pkataan “ Hei, mangkuk”.. J Sms ting. 2 juak aku dpilih jd BADAR.. takut2 jk mk jd BADAR.. kiranya org akn pndg kt pnuh ktelitian dan jd cth buat pljr2 lain. Semasa ting. 3 banyak kngn pahit dan manis aku xpt lupak smpe knek. Nk pling aku xdpt lupak bila ms nk dekat2 PMR. Huhu.. dolok aku ng xterer math.. B4 pmr yaa ng salu jk dpt C. Bila nk dekat2 pmr yaa, cikgu yg ajr aku math ada tulis dlm paper exam trial aku aku dgn pen merah…“ Bila gk awk mk berubah”…huhu.. Sebelum pmr yaa, aku bhempas pulas blja math dgn seorg classmate aku nk terer math.. mk tauk berapa aku dpt bila result pmr klua?? Aku dpt A.. bhgia nya..Alhamdulillah. Bahgianya bla cikgu math suka dgr pljrnya dpt A..  Bila ting.4 dan 5 math aku dh stable.. Setiap exam aku dapt A..hehe..Lastly, mjd conth buat junior2 aku.. malunya cikgu crta pasal aku dgn cdak.. kata cikgu math aku yg aku xdpt lupak “ Saya suka student mcm awk” J

Semasa ting. 4 aku byk libatkn drik dgn aktvti rohani dan koku. Ting 4 byk cbrn yg aku lalui terutaa mmgg jawatan sbg. Pen.pgrusi BADAR. Biasala kn org salu madah , tanggungjawab mmg berat, kita tanggung di dunia jawab d akhirat..huhu.. Banyak input2 yg aku dapat slma mmegng jwtn sbg pen.pgrusi Badar.. dgn kerenah pljrnya..huhu.. hari2 aku tawaf sekolh , gara2 mngejar nembiak  jk.kdg2 lucu jk dengan alsn2 cdak.. Grang laa juak aku zmn skolh lok. Shggakan kwn rapat ku kdrik madah “aku garang”  ..huahua..Namun, Alhamdulillah smuanya ok2 ,dgn ahli yg byk brik kjsma dan sggup mluangkn masa utk mjlnkn tugas2 cdak. Aku time ting 4 & 5 sn site..Secara jujur, aku x berapa mn sains2 tk..cukup2 jk. Time ting.5 yg aku xdpt lupa bila failed bio and add.math.. siapa yg gagal bio dsuroh bdiri ats meja mkml dgn agkat satu kaki. Malunya aku bdiri ats meja..huhuhu..ting.5 mrupakn saat2 akhir merasa suasana skolh. SPM!! Pnentu sgala2ny cne hla tju kt.. Alhamdulillah bgi aku rsa bhgia dgn kutusn yg aku wlaupun nya lari ckit dr target aku..syukur glk2 sbb ya hsil drpd usha aku sndrik.. Alhamdulillah akhirnya, aku diberi pluang utnk mnruskn pgjian d Ipg Tun Abdul Razak..even, dlok aku tlalu mnt undg2 syarie tp ayahku maok anknya msk ipg..ikut jk laa.. mgkin ada keberkatan sbaliknya..

Byk pgalamn yg aku dapat semenjak sekolah lok..yg xprnh aku lupakan J



Kepada Allah kita dihidupkan dan kepada Nya jualah kta kembali