Lemah? Kenapa harus menjadi lemah.
Bersedih setiap hari melamun tambatan hati, entah kemana dia pergi, kenapa
harus terjadi perpisahan. Larut dalam kesedihan tidak berkesudahan, membuat
tubuh lemah dan tidak kuat bertahan.
Kita boleh kuat menghadapi kesendirian
ini. Selalu berfikir bahawa soal cinta & jodoh ini hanyalah masalah waktu
sahaja. Kalau sekarang dia belum juga hadir menyapa kita dengan senyuman
manisnya, kita yakin satu saat nanti dia akan tiba. Dia hadir dengan sekarung
cinta dan kasih sayang yang selalu kita nantikan, Menambat hati kepada pemegang
hidup kita, Allah SWT akan lebih menenteramkan hati dan melembutkan jiwa. Rasa
gelisah, gundah dan payah tersapu sudah oleh keyakinan iman yang menancap di
dada.
“Saya kuat, dan sentiasa akan kuat”
Katalah kalimat itu dengan tatapan
tajam ke cermin, kepalkan tangan dan tetaplah optimis. Air mata bolehlah
keluar, kerana penantian yang tidak kunjung usai. Tapi air mata itu bukan air
mata lemah yang mudah sekali menitik. Namun air mata itu adalah air mata
harapan, yang akan menampung semangat kita untuk tetap bertahan dalam iman.
Kita bukan generasi yang mudah putus
asa. Semangat yang kita miliki akan selalu mekar oleh jiwa yang kita miliki.
Harapan kita hanya kepada Allah, dan harapan kita bukalah harapan yang
main-main. Kita boleh berharap pada orang-orang yang kita andalkan, tetapi
harapan pada Allah tidak boleh pupus begitu sahaja. Jesteru harapan kepada
Allah inilah yang akan menjadi bara api dalam hati yang selalu memotivasikan
hati. Allah tidak tidur, Dia kan selalu mendengar doa kita.
Tidak semua orang perlu tahu keadaan
kita. Jadi tidak perlu bagi kita bercerita ke sana ke mari masalah yang kita
hadapi. Kita hanya akan menyampaikan kepada Allah dalam solat malam yang kita
dirikan. Berderai air mata tercurah, harapan yang begitu besar tertambat, hanya
untuk Allah sang penjawab doa.
Boleh la sesekali bercerita kepada
orang yang kita percayai, tapi JANGAN kepada setiap orang yang kita jumpai.
Kerana boleh jadi kita akan lupa tentang apa yang kita keluhkan, tapi orang
lain yang mendengarnya tidak akan pernah melupakannya.
c/p:)))
http://akuislam.com/blog/renungan/kuat-dan-tidak-lemah-kerana-cinta/#axzz2KbfCZTGY
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.